Tumis Cendawan Kelapa Sawit dengan Petai

Hampir setahun juga saya berulang-alik ke Masjid Tanah Melaka dek menjenguk anak yang belajar di Londang. Di kesempatan seperti inilah ,saya berpeluang melawat Pantai Pengkalan Balak dan membeli ikan segar dan hasil laut yang dijual di tepi pantai. Melihat pasar minggu hari Ahad yang sungguh besar dengan pelbagai jualan hasil tani dan juadah. Kagum juga melihat begitu banyak makanan yang sedap, kreatif dan segar yang sekaligus mempamerkan kreativiti masyarakat di sini. 

Antara yang menarik minat saya kali ini ialah cendawan kelapa sawit. Menurut makcik yang menjual tu, cendawan ni tumbuh di tandan-tandan kelapa sawit dan tidak merbahaya. Saya memanglah peminat cendawan. Cendawan tiram, butang, tuscan, shitakae.. semua saya dah rasa dan mudah didapati di supermarket. Tapi yang ni,, memang tak pernah jumpa. Katanya,, masak tumis pun sedap.. betul ke? Haa... ni yang nak cuba ni...

Di rumah Mardhiyya ni.. saya nak kongsikan dengan pembaca Tumis Cendawan Kelapa Sawit dengan Petai.

Cuba lihat apa yang perlu disediakan.

cendawan ni direndam sebentar supaya abuk pasir yg melekat padanya akan mendak kebawah.

Angkat cendawan dan letak dalam tapis. Mendakan nya jgn diusik ya.. siat-siatkan dan basuh bersih-bersih..

Bawang merah atau bawang besar, bawang putih, ikan bilis, cili padi.

Petai segar..
Tumis bahan kisar dan campur sedikit air
Cam biasa,, kisar bawang dan ikan bilis. Cili padi tak perlu kisar sekali.


Masukkan cendawan, petai dan akhir sekali tomato yang dipotong dadu. Jangan lupa.. letak sedikit garam dan perasa .


Ini dia.. Tumis Cendawan Kelapa Sawit dengan Petai

Hidangkan dengan nasi panas... Aduh... Country Nyer... Pasti terangkat.

Di Rumah Mardhiyya ni juga,, nak kongsikan ayam goreng dan bubur ayam McT paling enak di Masjid Tanah. McT tau... bukan McD. Ya.. hanya di Masjid Tanah.

Aaah.. meveles.. heaven  !! Ayam goreng 2 ringgit ni,, sungguh sedap, rangup, segar dan country. Tak sempat nak gambarkan,, habis di ngapp.. oleh anakku yang memang asyik kelaparan saja di Londang ni...

Selain ayam goreng,, gerai ni juga menjual bubur ayam 2.50.

Bila buka penutup tu,, semerbaklah bau harum mengugat yang menyelerakan... Sedapnya,,, sampai diam tak terkata kerana terlalu asyik menikmati bubur ayam yang telah mengalahkan bubur ayam McD ni...

Sebenarnya,, saya beli ayam goreng dan bubur tu,, disebelah gerai ni.. Sayang sekali ,, tak sempat nak merakamkan gambarnya dalam kamera saya... Huhuhu...
Hanya gerai yg ini sempat saya snap gambaqnya, kerana tertarik dengan cara persembahan iklan ,, lucu dan catchy.. Memang dah pernah cuba rotinya... menarik dan sedap...


Ya.. pembaca semua.. Inilah kisah entri kali ini... "hanya di Masjid Tanah.". Kini,, anak saya telah menamatkan pelajarannya di Londang.. Saya pun sudah tentu tidak begitu kerap lagi kesana. Namun,, memori seperti ini.. pasti akan tersimpan kemas dalam hati... Sehingga berjumpa lagi di lain entri.. Bye!!


Comments