Salam
Diam-diam hanya tinggal 15 hari saja lagi untuk bertemu dengan Ramadhan dan segala kebaikan yang dibawa bersamanya. Ini bermakna, aidil fitri juga bakal menjelang tiba.. Saat saat bersama keluarga meraikan aidil fitri di kampung halaman mula terbayang di mata. Siapalah tak sayang kampung halaman sendiri... tempat kita di besarkan.
Kampung halaman saya di Muar. Sanak saudara juga memang ramai kat Muar tu.. Oleh kerana Muar ni bersempadan dengan Melaka,, banyaklah persamaan cara dan budaya antara dua daerah ini. Begitu juga dengan makanan.. Asam pedas Muar dan asam pedas Melaka tak banyak bezanya. Kedudukan Muar yang terletak di muara sungai ,, menuju ke laut adalah satu kelebihan. Tidak sukar untuk mendapatkan ikan baru dan makanan laut yang segar di pasar.
Pada entri kali ini,, saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang asam pedas yang menjadi kegemaran orang Muar. Sebenarnya,, datuk saya sebelah ibu berasal dari Melaka. Keluarga saya di Melaka, berada di Telok Mas dan sehingga kini, jalinan kekeluargaan kami memang erat. Tak di nafikan lah.. pengaruh Melaka dalam masakan kami memang ada.
Berbalik kepada asam pedas tadi,, ada ikan-ikan 'feveret' terpilih untuk dijadikan santapan asam pedas ni.. Kalau ayah saya ,, pilihannya ialah ikan mayong, ikan parang, jenahak, tenggiri bunga dan ikan pari. Pada entri kali ini,, saya memilih ikan jenahak.
Jom kita lihat penyediaan hidangan
Asam Pedas Muar Resepi Bonda.
 |
Bawang merah, bawang putih, halia & belimbing buluh. |
 |
Belimbing buluh ni,, diambil segar dari tamanku didalam pasu. Ia akan memberi rasa masam yg selesa pada masakan. |
 |
Alba. Mewangikan tumisan. |
 |
Cili giling segera. Kalau bonda ku ,, akan gunakan cili kering yg dikisar. Pati ikan bilis tu,, 'optional'. |
 |
Beberapa keping ikan. Lagi segar lagi bagus. Jangan lupa,, basuh dan rendam dulu dalam sedikit air asam jawa untuk hilangkan bau hanyir. |
 |
Bendi. Berperanan untuk memekatkan kuah sebab dia ada cecair pemekat. |
 |
Masakan asam pedas ni ,, perlukan minyak yang agak mewah juga supaya cili kisar yang ditumis tu cukup masak, garing dan tak melekat. Jadi,, saya pilih canola oil kerana ia lebih sihat tanpa banyak lemak tepu dan kurang kolesterol. |
 |
Biasalah... aku wanita moden. Bawang & halia dikisar aje. Kalau bonda,, guna lesung ya.. |
 |
Bawang kisar ditumis sehingga layu. Campurkan alba. |
 |
Masukkan cili kisar. Anggaran nya,, untuk 1 keping ikan ,, lebih kurang 1 - 1 1/2 sudu cili kisar. Kalau 4 keping ikan,, lebih kurang 4 -6 sudu. |
 |
serbuk kunyit. |
 |
Masukkan ikan kedalam tumisan cili. Taburkan serbuk kunyit diatasnya. |
 |
Gaul-gaulkan perlahan .. jangan sampai ikan putus pulak ya.. Goreng-goreng sedikit untuk dapatkan rasa yang sedikit rangup.. |
 |
Masukkan air secukupnya, bendi dan belimbing buluh. Masukkan garam & ajinomoto dan pati ikan bilis secukup rasa. Biar mendidih. |
 |
Jika rasa tak puashati dengan masam masakan ni,, boleh lah letak sedikit saja asam jawa xtra ni.. Jangan sampai terlajak masam ya... Sebenarnya,, untuk dapatkan rasa masam asam pedas ni,, selain belimbing buluh,, anda juga boleh gunakan asam jawa atau asam keping. |
 |
Asam pedas ni tak akan lengkap kalau tak di aromakan dengan dedaun yg mewangikan masakan. Kali ini,, saya gunakan daun limau purut segar dari taman. Dedaun lain yg power ialah daun kesum dan daun bunga kantan. |
 |
Ada sepokok daun limau purut di taman kecilku. Tanah yang ada hanyalah sekangkang kera,, jadi tanam dalam pasu aje lah... |
 |
Daun limau purut ni,, dibuang dulu empulur nya..ya.. sebab ia akan berikan rasa pahit pada masakan.. |
 |
Haa.. ni empulor daun tu... |
|
Alahai... dah pun lengkap.. Bau yang menggamit perasaan tu.. bakal meneggelamkan aku dalam lamunan kampung halaman.. Asam Pedas Muar Resepi Bonda... Terbaek!! |
 |
Aku memang minimalis. Dua lauk ni campur sejuring ikan masin ni pun dah mencukupi. Alhamdulillah... |
Untuk resepi kali ini,, saya berikan penghargaan penuh untuk bonda tersayang. Tak dapat dinafikan,, air tangan bonda memang terbaek. Penuh keikhlasan dan kasih sayang. Hanya satu dan tak akan dapat ditemui dimana-mana pun di dunia ini. Terima kasih bondaku,, kerana telah beribu-ribu kali aku kekenyangan dan membesar sempurna, hasil masakan air tanganmu yang sungguh lazat berkhasiat.
Sekian dulu... Berjumpa lagi dilain entri ya...
Comments
Post a Comment